Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine

Bernama
September 29, 2024 21:21 MYT
Pihak berkuasa di bandar Voronezh, barat daya Rusia melaporkan kerosakan yang disebabkan oleh serpihan dron yang jatuh. - Gambar Reuters
MOSCOW: Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa di bandar Voronezh, barat daya Rusia melaporkan kerosakan yang disebabkan oleh serpihan dron yang jatuh.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku.
Gabenor Voronezh Alexander Gusev berkata beberapa kereta, dua pangsapuri dan sebuah taman permainan kanak-kanak mengalami kerosakan.
Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan di Moscow melaporkan 125 serangan dron berjaya dipatahkan. Selain Voronezh, kawasan sempadan Belgorod dan Rostov juga menjadi sasaran.
Menurut kementerian itu, wilayah Bryansk, Kursk dan Krasnodar turut diserang dalam kes terpencil.
-- BERNAMA
#Kementerian Pertahanan #Ukraine #dron #kes terpencil
;