Rusia lancar ujian peluru berpandu hipersonik
Agensi
Mac 11, 2018 06:43 MYT
Mac 11, 2018 06:43 MYT
Rusia berjaya melancarkan ujian peluru berpandu Kinzhal pada Sabtu, yang disifatkan oleh Presiden Validmir Putin sebagai senjata yang ideal dalam mempertingkat keupayaan ketenteraan negara itu.
Peluru berpandu tersebut mampu bergerak 10 kali ganda kelajuan bunyi dan mampu terbang sejauh 2000 kilometer.
Menteri Pertahanan Rusia melaporkan, peluru berpandu tersebut dilancarkan dengan menggunakan jet pemintas supersonik MiG-31 yang berlepas dari sebuah lapangan terbang di barat daya Rusia.
Menurut kementerian pertahanan juga, pelancaran tersebut berjalan seperti yang dirancang dan peluru berpandu hipersonik itu menemui sasarannya.