Rusia lancar satu lagi serangan dron 'besar-besaran' ke atas Kyiv

Bernama
Jun 20, 2023 22:03 MYT
Anggota Am Angkatan Tentera Ukraine berkata pertahanan udara memusnahkan 28 daripada 30 dron Shahed buatan Iran yang dilancarkan oleh Rusia. - Gambar fail/Reuters/Marko Djurica
KYIV: Rusia melancarkan serangan dron "besar-besaran" ke atas Ukraine, kebanyakannya menyasarkan Kyiv pada awal Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggota Am Angkatan Tentera Ukraine berkata pertahanan udara memusnahkan 28 daripada 30 dron Shahed buatan Iran yang dilancarkan oleh Rusia.
Ketua pentadbiran tentera di Kyiv, Serhiy Popko, melaporkan bahawa di sekitar ibu kota sahaja kira-kira 20 dron ditembak jatuh, berdasarkan maklumat awal.
"Satu lagi serangan udara besar-besaran ke atas ibu negara.
"Ia merupakan serangan kedua dron Iran ke atas Kyiv sejak awal bulan selepas serangan pertama dalam tempoh 18 hari," tulis Popko di Telegram.
Tiada maklumat mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.
Bandar Zaporizhzhya di timur Ukraine diserang dengan tujuh peluru berpandu S-300, menurut anggota am. Penilaian kerosakan akibat pengeboman itu sedang dijalankan.
Zaporizhzhya terletak kira-kira 50 km dari barisan hadapan medan perang.
Bandar Lviv di barat Ukraine yang setakat ini sebahagian besarnya tidak terjejas oleh perang bagi tempoh hampir 16 bulan, juga menjadi sasaran serangan udara yang jarang berlaku.
-- BERNAMA
#kemalangan jiwa #serangan pertama #dron #pertahanan udara
;