Rusia lancar ruble digital
Bernama
Ogos 1, 2023 17:10 MYT
Ogos 1, 2023 17:10 MYT
MOSCOW: Rusia melancarkan ruble digital yang merupakan bentuk baharu mata wang negara itu pada Selasa.
Ruble digital akan dimasukkan ke dalam edaran dengan 13 bank pada peringkat awal, lapor Agensi Anadolu.
Dalam fasa percubaan ini pengguna akan menguji pembukaan dan penutupan dompet digital dan pemindahan antara individu, serta pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dalam rubel digital menggunakan kod QR, lapor agensi berita itu.
Sebanyak 30 perusahaan perdagangan dan perkhidmatan di 11 bandar yang dipilih oleh bank dan Bank Negara akan menguji pembayaran itu.
Bermula pada tahun 2023, Bank Pusat merancang mengembangkan penggunaan ruble digital secara beransur-ansur.
-- BERNAMA