Rusia lancar pembangunan reaktor tenaga nuklear di China
Astro Awani
Mei 19, 2021 04:29 MYT
Mei 19, 2021 04:29 MYT
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin bersama rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping, pada Rabu melancarkan pembangunan empat reaktor tenaga nuklear.
Semua unit janakuasa nuklear itu akan dibina oleh Rusia di China.
Dua unit akan dibina di Stesen Janakuasa Nuklear Tianwan di Wilayah Jiangsu, timur China, manakala dua unit lain akan dibangunkan di Stesen Janakuasa Xudapu di Wilayah Liaoning.
Menurut Putin, empat unit tersebut dijangka mula beroperasi mengikut lokasi, masing-masing pada 2026 dan 2028.
Putin turut menegaskan komitmen Rusia untuk mengekalkan keselamatan tenaga China.
#Vladimir Putin
#Xi Jinping
#China
#Rusia
#presiden
#nuklear
#keselamatan tenaga
#janakuasa nuklear
#reaktor nuklear