Rusia laksana gencatan senjata di dua bandar Ukraine, beri ruang orang ramai larikan diri
Agensi
Mac 5, 2022 17:31 MYT
Mac 5, 2022 17:31 MYT
KIEV: Rusia melaksanakan gencatan senjata berhampiran dua bandar Ukraine pada Sabtu untuk membuka laluan selamat kepada orang awam yang mahu melarikan diri, namun pada masa yang sama meneruskan serangan secara meluas di Ukraine, yang menyaksikan Kiev kembali diserang.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata unit tentera telah membuka sebuah laluan berhampiran bandar Mariupol dan Volnovakha yang bakal dikepung tentera, lapor agensi berita RIA Rusia.
Di Mariupol, orang ramai akan dibenarkan keluar dalam tempoh lima jam, kata pegawai bandar tersebut.
Tidak ada pengesahan sama ada gencatan senjata telah bermula dan tidak jelas sama ada ia akan dilaksanakan ke kawasan lain, ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memasuki hari kesepuluh.
Agensi bantuan telah memberi amaran tentang bencana kemanusiaan yang sedang berlaku apabila bekalan makanan, air dan perubatan berkurangan dan pelarian mula membanjiri barat Ukraine dan beberapa negara jiran berhampiran.