Rusia kesan kes pertama varian baharu dari Britain
Astro Awani
Januari 10, 2021 07:24 MYT
Januari 10, 2021 07:24 MYT
MOSCOW: Rusia melaporkan kes pertama varian baharu COVID-19 yang mudah menular.
Ia dikesan pada warganya yang kembali dari Britain bulan lalu.
Rusia bulan lalu menggantung penerbangan dari Britain hingga 13 Januari susulan penemuan varian baharu ini.
Negara itu juga mewajibkan kuarantin 14 hari bagi pengembara yang tiba dari Britain.
Rusia menjadi negara yang mencatatkan angka jangkitan keempat tertinggi di dunia.