Rusia kesan kes pertama selesema burung daripada haiwan kepada manusia

Astro Awani
Februari 21, 2021 06:45 MYT
Rusia mengesan kes pertama penularan virus selesema burung daripada haiwan kepada manusia. -Gambar hiasan
MOSCOW: Rusia mengesan kes pertama penularan virus selesema burung daripada haiwan kepada manusia.
Para saintis dari institut vektor yang dikendalikan kerajaan mengasingkan bahan genetik virus H5N8 dari tujuh pekerja di sebuah ladang ternakan di selatan Rusia.
Menurut ketua pengawal selia kesihatan Anna Popova, diagnosis awal virus sebagai kejayaan bagi para saintis Rusia dan sistem pengawasan negara untuk penyakit berjangkit.
Bagaimanapun bahawa belum ada bukti penularan virus daripada manusia kepada manusia ketika ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tidak semua virus selesema burung menyebabkan penyakit pada manusia.
Bagaimanapun, virus selesema burung baharu mempunyai kadar kematian yang tinggi dalam kalangan haiwan dan tidak menyebabkan sebarang gejala.
Institut vektor juga dimaklumkan akan memulakan kajian sistem ujian dan vaksin terhadap virus baharu ini.
Kes virus H5N8 telah dilaporkan baru-baru ini di tempat lain di Eropah, termasuk Jerman, Switzerland, Austria dan Hungary.
#Rusia #Moscow #Switzerland #penyakit berjangkit #kesihatan #kerajaan #Jerman #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #vaksin #selesema burung #haiwan ke manusia
;