Rusia kecam tindakan Israel di Gaza
Astro Awani
Oktober 28, 2023 07:45 MYT
Oktober 28, 2023 07:45 MYT
MINSK: Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sifatkan serangan Israel ke atas Gaza mencabuli undang-undang antarabangsa dan berisiko mewujudkan bencana yang akan berterusan selama berdekad lamanya.
Kenyataan ini yang dikeluarkan dalam temuramah dengan agensi berita Belarus dianggap antara paling keras dikeluarkan Moscow terhadap Israel.
"Mengecam keganasan, kami tidak bersetuju keganasan boleh dibalas dengan mencabuli norma undang-undang antarabangsa, termasuk penggunaan kekerasan terhadap sasaran, yang mana merupakan penempatan penduduk awam, termasuk menahan tebusan serta tindakan-tindakan lain yang secara jelas tidak selari dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.
Rusia, penyokong kuat gencatan senjata dan penyelesaian dua negara, sebelum ini menimbulkan kemarahan Israel apabila menjemput delegasi Hamas ke Moscow.