KELAJUAN menstrim YouTube di Rusia akan diperlahankan sehingga 70% oleh kerajaan Rusia minggu ini.
Ini adalah kerana YouTube gagal untuk menarik semula halangan ke atas saluran media milik Rusia di platform mereka serta enggan menghalang kandungan yang didakwa menyebarkan berita palsu mengenai mereka.
YouTube ialah antara platform yang masih boleh diakses di Rusia selepas konflik dengan Ukraine bermula dua tahun lalu.
Sungguhpun begitu penghasil kandungan di Rusia tidak lagi boleh menjana pendapatan menerusi platform.
Saluran berita Rusia seperti RT sudahpun dihalang dan kelajuan yang dikurangkan minggu ini adalah sebagai hukuman ke atas kegagalan YouTube untuk mengikut arahan kerajaan.
Sejak konflik bermula, halangan perdagangan dan teknologi telah dikenakan ke atas Rusia.
Syarikat teknologi utama seperti Netflix dan Apple tidak lagi menawarkan produk mereka secara terus di pasaran Rusia.
Namun begitu produk tersebut masih boleh dibeli menerusi pihak ketiga.
Akses kepada cip yang penting untuk infrastruktur IT juga terjejas.
Sementara itu ia syarikat Malaysia Jatronics Sdn Bhd ialah antara 300 syarikat yang dimasukkan ke dalam senarai sekatan Amerika Syarikat pada Mei lalu kerana berurusan dengan Rusia.
Syarikat yang sudah beroperasi sejak 2003 ini dikatakan menghantar komponen semikonduktor, wafer dan mikrocip ke Rusia antara April hingga September 2022 bernilai $3 juta.
Amanz
Mon Jul 29 2024
Kelajuan yang dikurangkan minggu ini dikatakan sebagai hukuman ke atas kegagalan YouTube untuk mengikut arahan kerajaan Rusia. - Gambar hiasan
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
New York perkenal tol, elak kesesakan berterusan
Langkah yang dibuat pada ahad ini seterusnya menjadikannya sebagai metropolis pertama di Amerika Syarikat yang mengenakan bayaran kepada pemandu di pusat bandar.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik
Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.
Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti
Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan bahawa imej pelanggan CAA yang digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera.
YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.
Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17
Dokumentari khas Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu disiarkan di YouTube rasmi Sultan Ibrahim.
Harga langganan YouTube Premium naik di Malaysia, kini bermula dari RM12.90 sebulan
Di Malaysia, YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula RM41.90 sebulan untuk dikongsikan bersama lima ahli keluarga.
YouTube kini papar iklan apabila video dijeda di TV
Paparan iklan berkenaan akan ditempatkan dalam kotak berasingan dan pengguna boleh memilih untuk menutup iklan tersebut atau mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenainya.
Ciri Ask Music pada YouTube Music diperkenal, jana senarai main dengan AI
Ciri Ask Music Pada YouTube Music Diperkenalkan, Menjana Senarai Main Dengan AI