Rusia dan India meterai perjanjian tingkatkan pertahanan, termasuk nuklear dan tenaga

Reuters
Disember 25, 2015 08:45 MYT
Presiden Rusia, Vladimir Putin bersalam dengan Perdana Menteri India Narenda Modi selepas menghadiri satu mesyuarat di Kremlin, Rusia pada 24 Disember 2015. - Foto REUTERS/Maxim Shipenkov/Pool
Rusia dan India telah memeterai perjanjian pada Khamis bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua negara berkenaan dalam aspek pertahanan dan tenaga, dengan New Delhi mensasarkan untuk memodenkan industri nuklearnya dan Moscow mencari pelaburan dan pasaran baru.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu taklimat bersama Perdana Menteri India Narenda Modi di sini menyokong saranan New Delhi dalam "mengukuhkan peranan dalam menyelesaikan masalah global dan serantau.
Jelasnya, Rusia berminat untuk membangunkan serta mengukuhkan hubungan ekonominya bersama India serta menjual teknologi terbaru kepada salah sebuah ekonomi yang paling pesat di dunia memandangkan ketika ini Barat sedang dilanda kejatuhan harga minya dunia.
"Rusia telah melancarkan unit nuklear pertama di stesen janakuasa di Kudankulam pada Jun tahun lepas dan akan melengkapkan satu lagi pembinaan dalam beberapa minggu," kata Putin.
Beliau berkata Rusia akan membina enam blok nuklear di India dalam masa 20 tahun.
Sementara itu, Modi berkata pembinaan reaktor Rusia di Kudankulam dan di beberapa kawasan yang lain akan meningkat kepada 12 namun tidak mendedahkan tempoh masa pembinaan.
Beliau juga berkata Rusia dan India akan membina helikopter pelbagai fungsi, Kamov-226.
Ia akan menjadi projek berskala besar kerajaan "Make in India", iaitu satu inisiatif bagi memupuk syarikat pembuatan dalam dan luar negara di India.
Sumber terdekat pengeksport senjata Rusia, Rosoboronexport sebelum ini berkata India akan menghasilkan 140 helikopter manakala 60 bagi Rusia.
Menurut Putin, India dan Rusia telah berjaya menghasilkan supersonik, berasaskan kapal peluru berpandu Brahmos, yang tidak lama lagi akan diserahkan kepada tentara laut India.
Beliau juga mendedahkan India dan Rusia merancang untuk menghasilkan jet pejuang pelbagai fungsi serta pesawat angkut, namun tidak memberikan butiran lebih lanjut.
Dalam taklimat yang sama Putin turut berkata Moscow percaya India merupakan "calon paling terhormat" bagi ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rusia dan India mempunyai hubungan rapat sejak Perang Dingin, di mana Moscow merupakan sekutu dan pembekal senjata utama New Delhi.
#India #kudankulam #narenda modi #New Delhi #nuklear #petahanan #Rusia #Vladimir Putin