Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Agensi
Mac 26, 2024 21:31 MYT
Mac 26, 2024 21:31 MYT
MOSCOW : Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov pada Selasa mendakwa serangan yang berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow didalangi Amerika Syarikat, Britain dan Ukraine.
Jawatankuasa penyiasat mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
Bortnikov memaklumkan perkara itu selepas bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Rusia yang dipengerusikan Presiden Vladimir Putin.
Ia seperti yang dipetik dalam laporan TASS yang dikongsi Reuters pada Selasa.
Ukraine bagaimanapun menafikan penglibatan dalam serangan yang berlaku pada Jumaat lalu itu yang turut mencetuskan kebakaran besar.
Setakat ini empat individu dari Tajikistan ditahan dalam kejadian bersenjata yang setakat ini mengorbankan 139 nyawa.
24 orang dalam keadaan kritikal di hospital yang mana dua daripadanya adalah kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan Rusia,.
Insiden yang menggegarkan negara itu menyaksikan orang ramai hadir di Dewan Bandaraya Crocus bagi memberi penghormatan dengan meletakkan bunga di kawasan itu, meskipun dalam keadaan hujan.
Sebagai memperingati insiden tragik itu, Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan 24 March sebagai hari berkabung untuk memperingati mangsa yang telah terkorban.