Rusia dakwa 14 maut, 24 cedera dalam serangan di hospital Luhansk

Bernama
Januari 29, 2023 13:08 MYT
Serangan didakwa dilakukan menggunakan roket HIMARS buatan Amerika Syarikat dan sengaja menyasarkan infrastruktur awam di Novoaidar. - Reuters
MOSCOW: Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu mendakwa 14 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam serangan tentera Ukraine ke atas sebuah hospital di wilayah Luhansk yang dikuasai Rusia.
Kementerian itu mendakwa, serangan dilakukan menggunakan roket HIMARS buatan Amerika Syarikat (AS) dan sengaja menyasarkan infrastruktur awam di Novoaidar.
"Serangan peluru berpandu yang disengajakan ke atas kemudahan perubatan awam adalah jenayah perang besar.
"Semua individu yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan jenayah ini akan dijejaki dan diminta bertanggungjawab," lapor Agensi Anadolu memetik kementerian itu.
Selain hospital, enam kediaman turut rosak terkena serangan.
-- BERNAMA
#serangan #Rusia #Hospital #luhansk #Ukraine
;