Rusia cipta dron mirip burung hantu

Agensi
Jun 26, 2019 17:20 MYT
Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada expo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa. - Gambar hiasan
Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada ekspo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa.
Dron itu disamakan seperti burung hantu berbulu putih dengan sayap dan ekor yang khas dilengkapi dengan sinar laser untuk memandu artileri pasukan.
Dicipta dengan berat sekitar lima kilogram, pesawat yang diterbangkan dengan alat kawalan jauh itu mampu mengesan sasaran dalam jarak 10 meter.
Burung hantu tentera berwarna hijau keputihan itu juga mampu berada di udara selama 40 minit dengan liputan jarak sehingga 20 kilometer, lapor Daily Mirror.
Menurut laporan portal itu lagi, rekaan dron itu diambil daripada prototaip direka khas oleh penuntut Akademi Zhukovsky.
Selain dron burung hantu, tentera Rusia mendakwa akan mencipta drone lain berbentuk burung helang dan difahamkan mampu mengeluarkan suara yang sama seperti burung asli.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan bila dron itu bakal dilancarkan.
#burung hantu #dron #harry porter #Moscow #pesawat #Rusia #tentera
;