Rusia-China hantar jet pejuang, Korea Selatan 'tinjau'

Astro Awani
Disember 15, 2023 08:30 MYT
Perkembangan terbaharu ni menimbulkan ketegangan konflik ketenteraan serantau. - Foto REUTERS
SEOUL: Tentera Korea Selatan menghantar jet pejuang sebagai tindak balas terhadap kemasukan dua pesawat tentera China dan empat milik Rusia ke zon pertahanan udaranya.
Zon berkenaan dikenali sebagai Pengenalan Pertahanan Udara Korea (KADIZ).
Walaupun pencerobohan ke dalam zon KADIZ, tentera berkata pesawat itu tidak melanggar ruang udara wilayah Korea Selatan.
Kementerian Pertahanan Jepun juga turut menghantar jet mereka untuk memantau penerbangan bersama kapal pengebom dan pejuang China serta Rusia.
Perkembangan terbaharu ni menimbulkan ketegangan konflik ketenteraan serantau di tengah-tengah cubaan Korea Selatan dan Jepun menyaingi kuasa ketenteraan dua negara besar, China dan Rusia.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ADIZ merujuk kepada kawasan ruang legar udara asing khas yang dituntut secara unilateral oleh sesebuah negara.
Ini sebahagian strategi untuk menunjukkan penguasaan ke atas kawasan itu.
Ia berbeza daripada ruang udara negara masing-masing, yang bermaksud ruang di atas wilayah sesebuah negara, 12 batu nautika dari garis pantainya.
#jet pejuang #KADIZ #ruang udara #Korea Selatan
;