Rusia, AS, bimbang penggunaan senjata kimia di Syria

Agensi
Mac 19, 2013 22:38 MYT
Rusia dan Amerika Syarikat menyifatkan penggunaan senjata kimia oleh puak penentang di Syria sebagai sesuatu yang sangat berbahaya.
Rusia memandang serius perkara berkenaan kerana ia akan menyebabkan kemusnahan lebih besar kerana apa yang membimbangkan jika senjata berkenaan akan digunakan secara berleluasa oleh puak penentang di Syria.
Dalam pada itu Amerika Syarikat pula dilihat mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
Jurucakap White House dalam satu sidang media memaklumkan negara itu tidak mempunyai sebarang bukti bagi menyokong dakwaan pentadbiran Presiden Bashar Assad bahawa kumpulan anti kerajaan menggunakan senjata kimia.
Justeru dakwaan berkenaan akan disiasat secara berhati-hati.
#Amerika Syarikat #Presiden Bashar Assad #Russia #Syria