Rusia berjanji beri tindak balas sewajarnya jika pusat visa ditutup AS

Bernama
Jun 22, 2024 06:30 MYT
Rusia akan memberi tindak balas sewajarnya jika Amerika Syarikat menutup pusat visa Rusia, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Rusia akan memberi tindak balas sewajarnya jika Amerika Syarikat menutup pusat visa Rusia, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada Sabtu, lapor Xinhua.
"Jika langkah ini dilaksanakan, pihak Rusia akan memberikan tindak balas yang sewajarnya," kata diplomat itu.
Terdahulu pada hari itu, duta Rusia ke Amerika Syarikat, Anatoly Antonov memberitahu media bahawa AS telah memaklumkan kepada pihak Rusia bahawa kedua-dua pejabat pusat visa Rusia di Washington dan New York akan ditutup.
AS juga melucutkan hak pengecualian cukai diplomat Rusia di negara itu. - BERNAMA
#Rusia #tutup pusat visa #Maria Zakharova #Amerika Syarikat
;