Rusia batal perjalanan bebas visa untuk warga Jepun ke kepulauan Kuril Selatan

Bernama
September 6, 2022 13:07 MYT
Perjanjian berkuat kuasa sejak 1999 itu membenarkan bekas penduduk dan ahli keluarga di kepulauan itu, dikenali sebagai Kuril Selatan di Rusia dan Wilayah Utara di Jepun, melawat pulau yang dikuasai Rusia tanpa memerlukan visa. -Google Maps
MOSCOW: Rusia telah menamatkan perjanjian dengan Tokyo bagi memudahkan warganegara Jepun melawat empat pulau Pasifik yang menjadi pertikaian, lapor Xinhua.
Perjanjian berkuat kuasa sejak 1999 itu membenarkan bekas penduduk dan ahli keluarga di kepulauan itu, dikenali sebagai Kuril Selatan di Rusia dan Wilayah Utara di Jepun, melawat pulau yang dikuasai Rusia tanpa memerlukan visa.
Kementerian Luar Rusia pada Isnin membuat pengumuman untuk menamatkan perjalanan tanpa visa pada Mac sebagai tindak balas anti-Rusia oleh Jepun ekoran tindakannya terhadap Ukraine.
-- BERNAMA
#Kuril Selatan #Rusia #perjalanan tanpa visa #anti-Rusia oleh Jepun
;