Rusia arah kedutaannya di Yaman beroperasi di Riyadh
Agensi
Disember 12, 2017 05:01 MYT
Disember 12, 2017 05:01 MYT
Rusia mengeluarkan arahan kepada kedutaannya di Yaman untuk berpindah keluar dari negara itu atas faktor keselamatan.
Berbanding penglibatannya di Syria, Rusia tidak campur tangan dalam konflik yang berlaku di Yaman.
Pada Selasa pejabat kedutaan di Sanaa telah dikosongkan dan kedutaan terbabit akan beroperasi sementara di kedutaan Rusia di Arab Saudi.
Pesawat membawa petugas kedutaan berlepas pada lewat Selasa ke Riyadh.
Arahan terbaharu oleh Rusia itu susulan peningkatan serangan udara dan pertempuran darat di Yaman.
Sementara itu di Taiz, ratusan penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan utama bagi menyatakan bantahan terhadap serangan bertali arus yang dilancarkan kumpulan bertelagah.
Mereka mendesak agar sesuatu dapat dilakukan bagi menghentikan pendudukan kumpulan pemberontak Houthi selama tiga tahun di negara itu.
Taiz yang dikawal kumpulan pakatan yang diketuai Arab Saudi sebelum ini mula menerima tekanan dari pemberontak Houthi sejak sebulan lalu.