Rusa hampir mati beku di tasik
Agensi
Januari 23, 2019 12:07 MYT
Januari 23, 2019 12:07 MYT
Musim sejuk di Kansas Amerika Syarikat masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Antara yang turut mendapat kesan ialah haiwan liar yang kadang kala terperangkap di kawasan sungai dan tasik beku.
Di Tasik Olathe, pihak bomba Kansas berjaya menyelamatkan seekor rusa yang terjatuh di tasik beku berkenaan.
Menggunakan pakaian khas, petugas terpaksa menarik haiwan itu ke tebing.
Aksi cemas ini turut menjadi perhatian dan bualan di seluruh dunia kerana rusa berkenaan hanya berehat sebentar sebelum terus melarikan diri ke hutan berdekatan.
Salah seorang anggota bomba berkenaan memberitahu, disebabkan ais kelihatan tebal, usaha menyelamatkan rusa itu juga bukanlah sesuatu yang amat mudah.