Rupiah melemah dianggap tidak masuk akal

Astro Awani
September 4, 2018 07:01 MYT
Mata wang rupiah melemah pada paras paling rendah sejak tiga tahun lalu pada Jumaat dan pada minggu ini, ia telah jatuh pada paras terendah sejak 20 tahun lalu. - Gambar hiasan
Kejatuhan nilai rupiah Indonesia sejak Jumaat lalu tidak mencerminkan situasi ekonomi semasa republik itu.
Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Darmin Nasution berkata penyusutan itu adalah sesuatu yang ‘tidak masuk akal’.
Katanya, terdapat faktor luaran yang menyumbang kepada situasi itu dan kerajaan sedang melihat langkah-langkah mengatasi masalah itu.
Darmin berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden Joko Widodo, anggota kabinet dan ketua bank pusat bagi membincangkan perkembangan itu.
Ini termasuk masalah ekonomi Argentina yang dipercayai memberikan kesan kepada pasaran selain dagangan spekulatif.
Mata wang rupiah melemah pada paras paling rendah sejak tiga tahun lalu pada Jumaat dan pada minggu ini, ia telah jatuh pada paras terendah sejak 20 tahun lalu.
Pada Selasa, rupiah mencatatkan paras 14,897 berbanding dolar Amerika Syarikat, iaitu 1.42 peratus pada paras penutup pada 30 Ogos lalu.
#Amerika Syarikat #Argentina #bank #Darmin Nasution #ekonomi #Indonesia #Joko Widodo #kerajaan #mata wang #melemah #penyusutan #rupiah #spekulatif
;