VIENNA: Lapan orang terbunuh dalam tiga kejadian runtuhan salji di barat Austria dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua, memetik agensi berita Austria (APA).

Anggota polis berkata, kejadian berlaku di negeri Vorarlberg dan Tyrol pada Jumaat dan Sabtu.

Dalam satu tragedi runtuhan salji berhampiran sempadan Austria-Switzerland, empat peluncur ski Sweden dan seorang pemandu Austria terbunuh.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran mengenai lebih banyak runtuhan salji pada Sabtu dan Ahad.

-- BERNAMA