Rundingan polisi nuklear Iran dengan kuasa dunia kekal

Astro Awani
Jun 8, 2021 06:11 MYT
Polisi nuklear Iran tiada kaitan dengan perkembangan di peringkat domestik. - Foto REUTERS
TEHRAN: Rundingan berhubung polisi nuklear Iran dengan kuasa dunia kekal, selepas pilihan raya presiden 18 Jun.
Jurucakap kerajaan tegaskan isu berkenaan sudah diputuskan pentadbiran tertinggi Tehran.
Jurucakap kabinet, Ali Rabiei memberitahu polisi nuklear Iran tiada kaitan dengan perkembangan di peringkat domestik.
Kerajaan di bawah pentadbiran baharu sebaliknya akan kekal dengan polisi sedia ada.
Calon pilihan raya presiden yang mengadakan debat secara langsung, turut menyentuh manifesto untuk mengekalkan perjanjian nuklear.
Ini termasuk tumpuan bagaimana memastikan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ditarik semula.
Rundingan bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 itu dijangka disambung semula minggu ini.
Bagaimanapun pihak terlibat dalam rundingan jangkakan kesediaan Iran kembali mematuhi perjanjian masih samar.
#Iran #rundingan #polisi nuklear #kuasa dunia #pilihan raya presiden
;