Rundingan perdagangan pasca-Brexit ditandatangani secara rasmi
Agensi
Disember 30, 2020 20:55 MYT
Disember 30, 2020 20:55 MYT
BRUSSELS: Pegawai tertinggi Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menandatangani rundingan perdagangan pasca- Brexit bersama United Kingdom.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel meletakkan pen dan kertas sebagai simbolik perjanjian dalam satu majlis di Brussels.
Dokumen itu kemudiannya akan diterbangkan ke London melalui pesawat Royal Air Force (RAF) kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menandatanganinya.
Parlimen United Kingdom (UK) kemudiannya akan bersidang dan menetapkan peraturan perdagangan baharu antara 27 negara blok EU dan Britain.
Perjanjian tersebut memerlukan kelulusan Parlimen negara itu dan daripada badan perundangan EU.
Terdahulu, UK dan EU mencapai kata sepakat bagi rundingan perdagangan, pasca-Brexit Khamis lalu.
Johnson memaklumkan perjanjian itu akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari depan dan mengambil alih perjanjian sebelum ini di bawah tempoh peralihan.
Perjanjian ini dipersetujui bersama beberapa hari sebelum tarikh akhir tempoh peralihan Brexit pada 31 Disember 2020.