Rundingan PBB haramkan senjata nuklear

Agensi
Mac 28, 2017 11:58 MYT
Negara kuasa besar nuklear seperti Britain, Perancis, Israel, Russia dan Amerika menolak, manakala China, India dan Pakistan berkecuali. - Foto BERNAMA
Lebih 100 negara mengadakan rundingan pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membabitkan pengharaman senjata nuklear global.
Bagaimanapun, ia tidak mendapat sokongan kebanyakan negara kuasa nuklear yang sama ada mengisytihar menolak atau tidak mengundi rundingan itu.
Negara kuasa besar nuklear seperti Britain, Perancis, Israel, Russia dan Amerika menolak, manakala China, India dan Pakistan berkecuali.
Namun, kurangnya kesepakatan berhubung rundingan itu mungkin menjejaskan usaha menghapuskan nuklear secara berkesan.
Negara utama yang menerajui usaha itu termasuk Austria, Ireland, Mexico, Brazil, Afrika Selatan dan Sweden.
Rundingan berkenaan dibuat susulan ancaman bencana nuklear yang dilihat kian meningkat ekoran ketegangan program senjata nuklear Korea Utara dan pentadbiran baharu di Washington yang disifatkan sebagai di luar jangkaan.
#nuklear #PBB #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
;