Rundingan nuklear: Perancis bimbang sikap provokasi Iran

Astro Awani
November 10, 2021 09:45 MYT
Jean-Yves Le Drian ketika berucap pada sidang kemuncak iklim PBB COP26 di Glasgow, Scotland, 4 Nov, 2021. - Gambar fail AP
MENTERI Luar Perancis Jean-Yves Le Drian pada Selasa mendesak rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amirabdollahian, meneruskan rundingan berhubung isu nuklear, di fasa ia terhenti Jun lalu.
Ia susulan kebimbangan mengenai tindakan provokasi lisan Iran ke atas Amerika Syarikat.
Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 itu dijangka disambung semula pada 29 Nov ini di Vienna.
Pada Isnin, Iran mengulangi beberapa syarat yang dikenakannya untuk meneruskan rundingan, termasuk tuntutan supaya Amerika membatalkan semua sekatan yang dikenakan ke atasnya.
Sekatan berkenaan dikenakan selepas Washington umum menarik diri daripada perjanjian itu di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump.
Sejak itu, Iran bertindak dengan meningkatkan proses pengayaan uraniumnya melebihi tahap dibenarkan.
Ini sekali gus mencabul perjanjian yang dimeterai dengan kuasa nuklear dunia.
#Iran #Amerika Syarikat #provokasi #Perjanjian Nuklear 2015
;