Rundingan nuklear Iran: Tumpuan utama mengembalikan Amerika Syarikat

Astro Awani
Mei 25, 2021 07:18 MYT
Duta besar Iran yang mengawasi nuklear PBB, Kazem Gharibabadi, dilihat meninggalkan mesyuarat JCPOA, di Vienna, Austria, 7 Mei 2021. - Gambar fail REUTERS
NEGARA kuasa dunia membuka rundingan pusingan kelima di Vienna dengan tumpuan utama mengembalikan Amerika Syarikat dalam perjanjian berkenaan.
Rundingan di Vienna berlangsung sehari selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) capai persetujuan dengan Iran.
Ia berhubung lanjutan bagi pengawasan di tapak nuklear Tehran bagi tempoh sebulan lagi.
"Kami akan menggandakan usaha supaya objektif rundingan ini boleh dicapai," kata jurucakap EU, Alain Matton di Vienna pada Selasa.
"Ini termasuk kemungkinan mengembalikan Amerika Syarikat ke dalam Suruhanjaya Bersama Pelan Tindakan Komprehensif (JCPOA) bagi memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan segala polisi," tambahnya.
Ketika ini Amerika tidak terlibat secara langsung dengan rundingan di Vienna.
Namun delegasi diketuai Wakil Khas Amerika Rob Malley, berada di Vienna untuk rundingan tidak langsung dengan negara-negara terlibat.
#rundingan #nuklear #perjanjian #Iran #Amerika Syarikat #IAEA #Alain Matton
;