Rundingan Kaherah: Ini matlamat Hamas…
Agensi
April 7, 2024 07:20 MYT
April 7, 2024 07:20 MYT
KAHERAH: Delegasi dari kumpulan pejuang Palestin, Hamas berada di Kaherah, Mesir bagi menyertai Rundingan Kaherah.
Susulan sesi rundingan itu, Hamas mengeluarkan kenyataan yang memperincikan matlamat yang ingin dicapai dalam rundingan yang diketuai Mesir.
Turut serta dalam rundingan itu ialah Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) serta Bill Burns, delegasi Israel.
Hamas berkata, matlamat yang ingin dicapai dalam Rundingan Kaherah adalah seperti berikut:
• Perjanjian yang mencapai pemberhentian sepenuhnya pencerobohan oleh tentera Israel.
• Pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
• Pembebasan tanpa bersyarat pelarian di Semenanjung Gaza ke kawasan dan tempat kediaman mereka.
• Bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dan permulaan pembinaan semula.
• Perjanjian untuk membebaskan tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk membebaskan tahanan Israel yang dalam tawanan Hamas dan kumpulan lain di Gaza. - Al Jazeera