'Rumah ajaib' terlepas daripada aliran lava di Kepulauan Canary

Astro Awani
September 23, 2021 05:35 MYT
Sebuah rumah di La Palma dikelilingi lava yang mengalir daripada gunung berapi Cumbre Vieja. - Foto Ramon de lah Rocha via REUTERS
Sebuah rumah didapati terlepas daripada terkena lava yang mengalir susulan letusan gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol.
Rakaman foto rumah di La Palma ini tular di media sosial dan telah diberi jolokan sebagai "rumah ajaib".
Gunung berapi berkenaan mula meletus pada Ahad menyebabkan lebih 200 rumah musnah manakala 6,000 penduduk terpaksa berpindah.
Lava daripada gunung berapi Cumbre Vieja masih mengalir dan para saintis tidak dapat meramalkan bila ia akan berhenti meletus.
Foto rumah berkenaan berjaya dirakam oleh jurugambar Ramon de la Rocha menunjukkan ia dikelilingi oleh lava daripada Cumbre Vieja.
Ia dimiliki pasangan Denmark, Inge dan Ranier Cocq, yang tidak mengunjungi kediaman tersebut sejak pandemik COVID-19 bermula, lapor portal berita El Mundo.
#gunung berapi #Kepulauan Canary #rumah ajaib #lava
;