Rudd angkat sumpah sebagai perdana menteri baru Australia

AFP
Jun 27, 2013 09:57 MYT
Kevin Rudd mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru Australia hari ini selepas disingklirkan dari jawatan tersebut oleh Julia Gillard tiga tahun lepas.
Rudd, 55, dipilih kembali melalui satu proses pengundian pada Rabu sekaligus menyingkirkan Gillard yang mengumumkan persaraannya dari politik.
"Saya akan lakukan yang terbaik," kata Rudd selepas mengangkat sumpah di Rumah Kerajaan di Canberra oleh Gabenor Jeneral Quentin Bryce,bersama isterinya Therese Rein.
Kebangkitan Rudd ini menandakan pemulihan yang menakjubkan yang bakal memimpin Parti Buruh pada pilihan raya yang dijadualkan pada 14 September, yang meramalkan parti konservatif Tony Abbott menang dengan majoriti besar.
Enam menteri utama meletak jawatan selepas Gillard disingkirkan, termasuk penyokong beliau yang paling setia, Bendahari serta timbalannya Wayne Swan.
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Anthony Albanese telah mengangkat sumpah sebagai timbalan Rudd manakala bekas Menteri Imigresen Chris Bowen telah dilantik sebagai bendahari.
Jawatan kanan lain bagaimanapun, masih belum dilantik.
Gillard telah mengetepikan Rudd tiga tahun lepas bagi jawatan perdana menteri dan menjadi perdana menteri wanita pertama bagi Australia.
#angkat sumpah #Australia #Julia Gillard #Kevin Rudd #Perdana Menteri
;