Royal Jordanian gantung penerbangan ke Iraq kerana bimbangkan keselamatan

Agensi
Ogos 4, 2014 09:11 MYT
Royal Jordan menggantung penerbanganya ke Iraq - Gambar Fail
Syarikat Penerbangan kebangsaan Jordan, Royal Jordanian pada Ahad menggantung beberapa penerbangan syarikat itu ke Iraq ekoran kebimbangan dengan tahap keselamatan di negara itu, lapor AFP.
“Royal Jordanian menggantung penerbangan ke Baghdad atas alasan keselamatan,” kata seorang pegawai syarikat penerbangan itu yang enggan dinamakan.
Syarikat itu kini sedang memantau dengan rapi perkembangan di Iraq dan berkemungkinan akan melanjutkan penggantungan penerbangan ke negara bergolak itu.
Sementara itu kumpulan pemisah di utara negara itu dilaporkan membunuh 16 anggota tentera Kurdish sementara 30 pejuang pro kerajaan Iraq turut terbunuh dalam pertempuran di utara negara itu, kata pegawai kerajaan pada Sabtu.
Kumpulan yang bercita-cita menegakkan sebuah negara Islam itu melancarkan serangan pada 9 Jun lalu dan berjaya menawan Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq dan dikuasai puak sunni.
Selain Royal Jordanian, syarikat penerbangan Jerman Lufthansa dan syarikat penerbangan Australia Qantas pada Ahad turut menggantung penerbangan ke Iraq.
Turut mengambil keputusan yang sama adalah syarikat penerbangan Air France-KLM, Delta, Emirates, United dan Virgin Atlantic.
#Air France-KLM #Delta #Emirates #Royal Jordan #united #Virgin Atlantic.
;