Rowhani dijangka kembalikan kegemilangan Iran
Astro Awani
Jun 17, 2013 06:42 MYT
Jun 17, 2013 06:42 MYT
Kemenangan Hassan Rowhani dalam pemilihan Presiden Iran dijangka akan mengembalikan semula kegemilangan Republik Islam itu.
Tugas mencabar pertama menanti Hassan adalah memulihkan semula aspek ekonomi Iran, yang gagal diselesaikan di bawah pentadbiran Mahmoud Ahmadinejad.
Pandangan itu disuarakan felo kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, (Ikrab), UKM, Profesor Madya Dr Kamaruzaman Yusof.
Dr Kamaruzaman memaklumkan pemilihan kali ini menunjukkan pertembungan dua kelompok besar.
Sementara itu, Penganalisis Asia Barat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menjangkakan hubungan Iran dengan Amerika Syarikat, bakal memasuki fasa baru, dengan pemilihan Hassan Rowhani sebagai presiden.
Bagaimanapun menurut Dr Maszlee, tiada perubahan drastik bakal berlaku terhadap dasar luar Iran.
Ini kerana pada asasnya dasar luar terletak pada kata putus pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, serta Majlis Syura.
Dr Kamaruzaman dan Dr Maszlee berkata demikian dalam rancangan Agenda Awani.