Rotan pekerja bank atas pentas: Pelatih program motivasi mohon maaf secara terbuka

Madiha Abdullah
Jun 22, 2016 16:00 MYT
Tindakan merotan secara terbuka dianggap sengaja menjatuhkan maruah. - Sumber Foto/YouTube Xavi
Seorang coach program motivasi di China terpaksa mengemukakan permohonan maaf terbuka selepas video dia merotan peserta program menjadi viral di laman sosial.
Menurut laporan CNN, Jiang Feng, salah seorang speaker Shanghai Hongfeng Leadership School, menganggap ia sebagai satu pengajaran berguna buatnya.
"Saya sedar banyak yang tidak betul dalam cara saya, dan saya perlu memperbaikinya," kata Jiang Feng, dipetik dari CNN.

To #spank or not to spank? When bank execs asked employees to 'butt up' for failing a training course #China https://t.co/PYeM1hT5co

— Amitha Rajan (@amitha_rajan) June 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video tersebut dimuat naik salah seorang peserta ke laman sosial Weibo sebelum mula viral dan dikecam netizen yang ramai berpendapat ia adalah tindakan yang menjatuhkan air muka.
Peserta program itu terdiri daripada pekerja sebuah bank tempatan, Changzhi Zhangze Rural Commercial Bank.
Sekumpulan lapan peserta dipanggil ke pentas kerana didakwa gagal menyiapkan tugasan dengan baik, sebelum dirotan sebagai hukuman.
#China #Pekerja bank dirotan #Weibo
;