Rompakan terhadap pelajar Malaysia di Mesir kes terpencil

Astro Awani
Julai 10, 2013 00:20 MYT
Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat.
Pelajar berkenaan juga dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.
Klik video untuk berita penuh.
#Education Malaysia Egypt #Kementerian Luar #Mesir #pelajar malaysia