Rom: Suami isteri tanam wang tunai 8 juta euro, elak bayar cukai

Bernama
September 15, 2022 12:23 MYT
Wang terbabit dijumpai ditanam di tanah persendirian milik mereka. - Gambar hiasan/Pexels
ROM: Sepasang suami isteri mengaku mengelak membayar cukai selepas wang tunai berjumlah lapan juta euro (kira-kira RM36.17 juta) dijumpai ditanam di tanah persendirian milik mereka di Franciacorta.
Pasangan terbabit membuat pengakuan berkenaan menerusi peguam mereka ketika perbicaraan di hadapan Hakim pada Rabu.
Menurut Agensi Berita Itali (ANSA), pasangan itu ditahan dan dibawa ke penjara selepas syarikat mereka disyaki mengeluarkan invois palsu sebanyak 500 juta euro dan mengelak membayar cukai sebanyak 93 juta euro.
-- BERNAMA
#tanam duit #elak cukai #Rom #Itali
;