Roket dari Gaza mengena bumi Israel, 3 tentera terbunuh
AFP
November 16, 2012 08:18 MYT
November 16, 2012 08:18 MYT
Ketegangan di Gaza, pejuang Palestin meneruskan serangan roket ke wilayah Israel menyebabkan 3 tentera Yahudi terbunuh.
Serangan turut menyebabkan kekecohan di bandar Tel Aviv.
Susulan itu Perdana Menteri Israel, Ehud Barak mengerah lebih 30,000 anggota tentera termasuk dari unit simpanan untuk memberikan tekanan kepada anggota pejuang Palestin.
Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil turut mengumumkan yang beliau akan melawat Gaza bagi memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Keputusan dibuat selepas Washington dilaporkan meminta bantuan Mesir untuk memujuk pihak Hamas menghentikan tindakan keatas Israel setelah pergerakan itu menolak sebarang rundingan dengan Perdana Menteri Israel.
Serangan roket ke arah Selatan Tel Aviv Israel semalam adalah sasaran paling jauh yang pernah dilancarkan dari Gaza.
Sebuah kumpulan Jihad Palestin mendakwa roket adalah dari jenis Fajr dan buatan Iran.
Kali terakhir bandar itu terkena bedilan roket adalah ketika Perang Teluk 1991 apabila peluru berpandu Scud Iraq mengena sasarannya.
Dalam pada itu angka korban di Gaza dilaporkan meningkat kepada 15 orang.
Turut terbunuh pemimpin kanan Hamas Ahmad Jaabari dan 3 kanak-kanak