Roket angkasa lepas China mendarat di permukaan bulan
Astro Awani
Disember 16, 2013 09:23 MYT
Disember 16, 2013 09:23 MYT
Roket angkasa lepas China yang dilancar pada 2 Disember lalu selamat mendarat di permukaan bulan tanpa mengalami sebarang kerosakan.
Kejayaan pendaratan roket tanpa juruterbang itu mendorong Beijing meneruskan kajian dalam bidang angkasa lepas dengan menghantar angkasawan mereka ke bulan pada masa depan.
Kejayaan itu turut mendapat perhatian media tempatan yang menayang detik pendaratan secara langsung ke seluruh negara.
Roket berkenaan dijangka berada di bulan dalam tempoh tiga bulan bagi melakukan kerja-kerja saintifik termasuk mendapatkan imej permukaan satelit bumi itu.
Pada 2003, China berjaya menghantar angkasawan pertama mereka ke angkasa lepas dan merancang membuka stesen angkasa lepas pada 2020 termasuk menghantar angkasawan ke bulan.
Pendaratan di bulan itu merupakan kejayaan ketiga selepas ia dipelopori dua negara kuasa besar dalam bidang angkasa lepas iaitu bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.