Robot wakili pelajar ambil sijil tamat persekolahan
Agensi
Mei 22, 2020 00:24 MYT
Mei 22, 2020 00:24 MYT
Lebih 170 pelajar di sebuah sekolah di Manila menghadiri majlis graduasi dari rumah dengan bantuan robot.
Pasukan robotik Sekolah Tinggi Sains dan Teknologi Peringatan Senator Renato Cayetano mencadangkan pemasangan robot itu yang dapat mewakili setiap 179 pelajar untuk menamatkan pengajian di dunia maya.
“Kami tahu sebagai bekas pelajar, tamat pengajian atau majlis graduasi adalah sesuatu yang akan menjadi sebahagian daripada hidup anda.
"Ini adalah peristiwa yang sangat penting yang anda tidak mahu ketinggalan dan kami ingin memastikan bahawa pelajar kami tidak akan ketinggalan walaupun di kala pandemik COVID-19,” ujarnya.
Sejak wabak COVID-19 melanda, semua majlis garduasi sekolah di Manila terpaksa dibatalkan.
Hanya metropolitan Manila dan dua lagi kawasan berisiko tinggi kekal dalam perintah berkurung tetapi sektor kilang pembuatan dibenarkan untuk dibuka semula dengan separuh tenaga kerja sehingga 31 Mei.
Perniagaan penting juga telah dibuka semula namun gimnasium, pusat kecergasan, kedai gunting rambut, pawagam dan tempat rekreasi lain tetap ditutup.