Robert Mugabe selamat dikebumi di kampung halaman
Astro Awani
September 29, 2019 08:45 MYT
September 29, 2019 08:45 MYT
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe selamat disemadi di tanah perkuburan di perkampungan tempat beliau dilahirkan di Kutama, barat Harare, pada Sabtu.
Mendiang disemadikan tiga minggu selepas meninggal dunia di Singapura 6 September lalu, pada usia 95 tahun.
Upacara pengkebumian itu tidak dihadiri ramai pihak, sebaliknya hanya melibatkan keluarga serta rakan rapat.
Keputusan untuk Mubage disemadikan di kampung halaman beliau di Kutama dibuat anggota keluarga mendiang.
Ia dicapai selepas beberapa minggu berlaku perbalahan kecil dengan kerajaan berhubung lokasi sepatutnya Mugabe dikebumikan.
Sebelum ini, kerajaan mahu mayat Mugabe disemadi di tugu peringatan wira di ibu kota Harare, tetapi dibantah keluarga mendiang yang mahu dia dikebumi di tanah kelahirannya, juga dekat dengan mendiang ibunya, Bona.
Di Zimbabwe, sebahagian rakyat mengingatinya sebagai wira menentang penjajahan dan memerdekakan negara itu.
Manakala sebahagian lagi mengutuk pemerintahan kuku besi Mugabe selama 37 tahun, yang berakhir dengan rampasan kuasa pada 2017.
#Harare
#kampung
#kebumi
#keluarga
#Kutama
#menentang penjajah
#meninggal dunia
#pemerintahan kuku besi
#perbalahan
#presiden
#Robert Mugabe
#Singapura
#tugu peringatan wira
#wira
#Zimbabwe