Robert F. Kennedy Jr. akan sertai pilihan raya presiden AS 2024

Bernama
April 6, 2023 04:10 MYT
Dikenali sebagai aktivis antivaksin, Kennedy telah menjadi anggota parti Demokrat kedua yang menyertai perlumbaan untuk merebut jawatan itu dan mencabar Presiden Joe Biden. - AP
NEW YORK: Anak saudara kepada bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Robert F. Kennedy Jr, mengumumkan hasratnya untuk turut serta dalam pilihan raya presiden AS 2024.
Kennedy mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan untuk bertanding jawatan presiden atas tiket Demokrat, lapor Agensi Anadolu.
Dikenali sebagai aktivis antivaksin, Kennedy telah menjadi Demokrat kedua yang menyertai perlumbaan untuk merebut jawatan itu dan mencabar Presiden Joe Biden.
Bekas Presiden Donald Trump, bekas Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley, bekas Gabenor Arkansas Asa Hutchinson dan usahawan jutawan Vivek Ramaswamy antara calon daripada Republikan yang akan turut bersaing.
-- BERNAMA
#Robert F Kennedy Jr #pilihan raya presiden #Amerika Syarikat #John F Kennedy