Risiko tanah runtuh akibat hujan lebat di Bolivia
Astro Awani
Februari 22, 2024 10:00 MYT
Februari 22, 2024 10:00 MYT
LA PAZ: Hujan lebat di Bolivia menyebabkan kejadian tanah runtuh di sepanjang tepi sungai yang melimpah di La Paz.
Kejadian ini juga menyebabkan beberapa rumah dilaporkan rosak dan berisiko runtuh.
Penduduk tempatan, Amalia Quispe, memberitahu Reuters, Sungai Irpavi mula melimpah sehingga 25 meter yang memisahkan rumahnya dari aliran air.
Kejadian ini juga menyebabkan kerosakan di mana keluarganya perlu berjaga-jaga sepanjang malam dengan kemungkinan kejadian buruk.
Dalam pada itu, beberapa bangunan di kawasan itu masih berisiko runtuh dan pihak berkuasa telah menggerakkan pekerja dan jentera berat ke pelbagai kawasan di La Paz menjalankan kerja-kerja mitigasi dan kecemasan.
Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan Bolivia (SENAMHI) mengeluarkan amaran pada Februari 2024 bahawa jumlah hujan yang terkumpul mencapai 140.4 milimeter dan melebihi jumlah hujan yang biasa terkumpul iaitu 83.8 liter setiap meter persegi.