Risiko pesawat bertembung, Putera Harry dan Meghan cemas
Agensi
Oktober 26, 2018 17:01 MYT
Oktober 26, 2018 17:01 MYT
Putera Harry dan isteri, Meghan Markle menghadapi situasi cemas apabila pesawat yang dinaiki terpaksa membuat pusingan kedua secara mengejut sebelum mendarat kerana terdapat sebuah lagi kapal terbang di landasan.
Kapten penerbangan, Nigel Rosser mengumumkan bahawa tidak selamat untuk dua buah pesawat berada di satu landasan pada masa yang sama kerana ia mungkin akan menyebabkan perlanggaran.
Tambah Rosser, kegagalan komunikasi dengan menara kawalan membuatkan pesawat yang berada di landasan lambat bertindak untuk mengalihlkan kedudukannya membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk mengambil pusingan kedua sebelum mendarat.
Menurut seorang saksi, selepas kegagalan pendaratan buat kali pertama, pesawat terpaksa mengelilingi di udara buat seketika sebelum mendarat dengan selamat selepas cubaan kedua.
Saksi dilaporkan berkata, penumpang terus bertepuk tangan selepas pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat.
Putera Harry pula dilaporkan mengangguk sebagai menghargai kemahiran juruterbang berkenaan.
Pasangan Diraja Britain itu kelihatan tersenyum meninggalkan lapangan terbang dengan sebuah kereta selepas lawatan mereka dari Tonga, Afrika.