Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser

Astro Awani
Februari 22, 2024 10:15 MYT
Rishi Sunak ketika bertemu Raja Charles III di Istana Buckingham. - Foto AP
LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
Istana Buckingham mengumumkan pada awal Februari lalu bahawa Raja Charles yang berusia 75 tahun telah disahkan menghidap kanser.
Bagaimanapun, Istana Buckingham tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya.
Pihak istana juga menegaskan ia bukan kanser prostat, meskipun baginda mendapat rawatan berkaitan prostat baru-baru ini.
Raja Charles telah memerintah kurang daripada 18 bulan selepas kematian bondanya, Ratu Elizabeth II.
Semasa menjalani rawatan, Raja Charles telah menangguhkan majlis awam namun begitu merancang meneruskan sebahagian besar tugas peribadinya.
Ini termasuk tugas baginda sebagai raja termasuk berjumpa dengan Perdana Menteri setiap minggu dan menguruskan dokumen penting negara.
#Raja Charles III #Rishi Sunak #Istana Buckingham #kanser
;