Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan

Agensi
September 26, 2021 16:40 MYT
Penduduk Rom sudah tidak tahan dengan kehadiran kumpulan babi hutan yang bermaharajalela di kawasan kediaman mereka. - AP
ROM: Rom kalau mengikut sejarahnya, pernah ditakluk oleh puak Gaul ketika Zaman Besi dan Visigoth antara kurun ke-3 hingga ke-5, malah telah berdepan dengan pelbagai ytragedi ganas sepanjang zaman kewujudannya.
Bagaimanapun akhir-akhir ini, kota usang itu sering saja digemparkan dengan kedatangan makhluk yang ‘ganas’ dan suka membongkar dan menyondol apa saja di depan mata – kumpulan babi hutan yang bermaharajalela.
Agensi berita AP melaporkan, kehadiran gerombolan babi hutan menjadi perkara yang boleh dilihat setiap hari di kota Rom. Dari bilangan bersepuluh hingga 30 ekor, haiwan liar itu muncul dari taman awam di seluruh bandar hinggalah memasuki kawasan jalan raya yang sibuk dengan aktiviti manusia.
Media sosial negara itu sering dibanjiri video dan gambar dari warga maya tempatan yang menunjukkan babi-babi berkenaan menyelongkar tong sampah, menceroboh rumah dan kedai, serta melintas dengan tiba-tiba di hadapan manusia yang sedang menjalani rutin harian.
Isu babi hutan itu kini menjadi modal politik dan senjata dalam pilihan raya setempat. Datuk Bandar Virginia Raggi menjadi mangsa pada dakwaan sistem pengurusan sampah yang tidak cekap.
Bagaimanapun, ia memang secara tidak langsung berkaitan dengan lonjakan populasi babi hutan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Badan agrikultur Itali, Coldiretti, menganggarkan terdapat lebih 2 juta haiwan liar itu di seluruh negara.
Wilayah Lazio di Rom sahaja dianggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 ekor babi hutan di taman awam. Ratusan daripadanya sudah terbiasa meninggalkan habitat hutan dan ‘membiasakan diri’ di kawasan urban untuk membongkar tong sampah dan kejiranan.
Untuk menangani masalah itu, pihak berkuasa Lazio melancarkan program memburu pada tahun 2019, malah pada bulan lalu telah meluluskan undang-undang memburu haiwan itu di taman awam. Sebelum ini, perbuatan itu adalah dilarang sama sekali.
Kini, wilayah Lazio menaikkan jumlah penghapusan babi hutan tahunan daripada 700 ekor kepada 1,000 ekor sehingga masalah itu dapat dikawal.

The video that everyone is talking about in #Rome this week: a dozen wild boar walking calmly through traffic on Via Trionfale. #cinghiali pic.twitter.com/ZrLfK49lOZ

— Wanted in Rome (@wantedinrome) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rome: Brazen wild boar on streets of Italian capital becomes election campaign issue as residents left scared | World News - https://t.co/IlNzjPvL5l Wild boar are becoming a more common sight on the streets of Rome, attracted by stinking piles of rubbish, at a tim... pic.twitter.com/AGEKvJF9c4

— Eric Thompson (@isearch247) September 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika di kawasan desa, memburu babi hutan adalah satu acara popular, ditambah pula haiwan itu dijadikan menu hidangan penduduk tempatan.
Walaupun tindakan itu mendapat kritikan kumpulan pencinta haiwan di negara berkenaan, sentimen itu tidak disetujui oleh warga bandar.
“Saya takut untuk berjalan di pinggir kota, kerana di situ ada tempat pembuangan sampah dan babi hutan boleh menerpa saya pada bila-bila masa,” kata seorang wanita warga emas, Grazia, 79, yang sering mennghantar dan menjemout cucunya pulang dari sekolah.

Comunque strano che nessun cinghiale si sia candidato a sindaco di Roma. pic.twitter.com/d3FZ8rGxFs

— federico ferrazza (@ferrazza) September 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kebimbangan seperti itu ada benarnya. Babi hutan boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram, dan setinggi 80 sentimeter dan sepanjang 150 sentimeter. Dengan saiz itu, ia boleh mencederakan orang dewasa, apatah lagi kanak-kanak.
“Kita sedang ditakluk di sini,” keluh pengusaha restoran, Pino Consolati di kejiranan Monte Mario. Dia mengadu kawasan menjamu selera di ruang terbukanya sering diceroboh babi hutan yang mencari makanan.
“Ini situasi yang langsung tidak selesa,” tambahnya.
#babi hutan #hidupan liar #Rom #Itali
;