Richard H. Thaler pemenang Anugerah Nobel Sains Ekonomi 2017

Agensi
Oktober 9, 2017 19:00 MYT
Dr. Thaler merupakan Profesor Sains dan Ekonomi Tingkah Laku di Chicago Booth School of Business. - Reuters
AHLI ekonomi Amerika Syarikat, Richard H. Thaler dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nobel Sains Ekonomi 2017 atas sumbangannya dalam ekonomi berasaskan tingkah laku manusia.
Usahanya dalam merapatkan jurang analisis ekonomi dan psikologi banyak membantu individu terutamanya di peringkat pembuat keputusan di seluruh dunia.
Menurut kenyataan media Royal Swedish Academy of Science, kajiannya yang memasukkan andaian realistik untuk melihat trend tingkah laku serta kesannya kepada ekonomi amat luar biasa.
"Penerokaan rasionalisasi, pilihan sosial dan keupayaan mengawal diri menunjukkan sikap manusia secara sistematik dalam mempengaruhi keputusannya serta hasil pasaran," jelas kenyataan terbabit.
Dr. Thaler merupakan Profesor Sains dan Ekonomi Tingkah Laku di Chicago Booth School of Business.
Menerusi sidang video dalam sesi pengumuman terbabit, Dr Thaler memberitahu, karyanya banyak menekankan bahawa gabungan model manusia dengan ekonomi.
Beliau bakal membawa pulang hadiah RM4.6 juta (AS$1.1 juta).
Pemenang tahun lalu ialah Oliver Hart dan Bengt Holmström yang berkongsi hadiah untuk sumbangan mereka kepada teori kontrak.
#Anugerah Nobel 2017 #Anugerah Nobel Sains Ekonomi #Ekonomi berasaskan Tingkah Laku Manusia #nobel #Richard H Thaler #Royal Swedish Academy of Science
;