Ribut Tropika Tembin: 160 mangsa masih hilang
Agensi
Disember 24, 2017 05:42 MYT
Disember 24, 2017 05:42 MYT
Pihak berkuasa Filipina masih lagi bertungkus-lumus mencari 160 lagi mangsa yang masih hilang akibat ribut tropika Tembin yang melanda di Mindanao, selatan Filipina.
Setakat ini ribut tersebut dilaporkan telah mengorbankan lebih 120 mangsa.
Menurut polis Cagayan De Oro, anggota penyelamat mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja mencari selepas kebanyakkan rumah mangsa dihanyutkan arus deras, manakala sebahagiannya lagi tertimbus akibat tanah runtuh.
Katanya, angka kematian dijangka akan meningkat.
Tumpuan operasi mencari dan menyelamat kini dipergiatkan, terutamanya di kawasan penempatan berhampiran sungai.
Media tempatan melaporkan, paras sungai di kawasan Kampung Dalama meningkat mendadak dan menghanyutkan kebanyakan rumah di kampung tersebut.