Ribut Tropika Franklin landa Republik Dominika, Haiti
Bernama
Ogos 24, 2023 13:43 MYT
Ogos 24, 2023 13:43 MYT
MIAMI: Ribut Tropika Franklin mula mendarat di Republik Dominika pada pagi Rabu, di mana ribut itu dijangka membawa hujan lebat dan mengakibatkan banjir ke kebanyakan pulau yang dikongsinya dengan Haiti, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).
Hispaniola, pulau yang dikongsi oleh Haiti dan Republik Dominika, mengalami hujan lebat pada pagi Rabu ketika Franklin melanda kawasan berhampiran Barahona, di pantai selatan Republik Dominika.
Semasa Franklin melintasi pulau itu, ia hilang kekuatan tetapi meningkatkan kelajuannya.
Hampir keseluruhan pantai masih berada di bawah amaran ribut tropika, yang meluas ke Turks dan Caicos.
Peramal kaji cuaca berkata ribut boleh membawa hujan lebat antara 12.7 sentimeter (cm) hingga 25.4 cm hujan, atau sehingga 38.1 cm di beberapa tempat.
Keadaan ribut tropika dijangka berlarutan di pulau itu hingga petang Rabu, sebelum Franklin bergerak menghala ke utara.
-- BERNAMA