Ribut Tembin: Banjir cecah bumbung rumah dalam masa satu jam

Astro Awani
Disember 25, 2017 11:40 MYT
Kayu balak dihanyut banjir kilat tersadai di sebuah kampung di Salvador, Lanao del Norte di selatan Filipina, 24 Disember, 2017. REUTERS
“Air naik dua ke tiga meter dalam masa satu jam sahaja. Tiada bantuan yang sempat diterima kerana semuanya berlaku dengan pantas,” kata Felipe Ybarsabal, salah seorang mangsa Ribut Tropika Tembin di Selatan Mindanao, Filipina, ketika dihubungi Reuters melalui telefon.
Petani berusia 65 tahun itu berkata, banjir mencecah bumbung rumahnya dalam masa yang cukup singkat, memaksa dirinya dan keluarga berlari ke tempat yang lebih tinggi tanpa sempat menyelamatkan apa-apa daripada rumahnya.
Pihak berkuasa Filipina menyebut ribut yang mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh itu telah meragut hampir 200 nyawa, serta menyebabkan ratusan lagi hilang, manakala dianggarkan 70,000 lagi hilang tempat tinggal.
Mereka juga memaklumkan media bahawa angka kematian dijangka meningkat, terutamanya di bahagian pendalaman dan persisiran pantai.
Menurut agensi berita itu lagi, penduduk didapati mengabaikan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan terbabit, terutamanya persisiran pantai dan tepian sungai.
BACA: Ribut Tembin ragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di selatan Filipina
BACA: 130 maut, puluhan hilang, akibat banjir lumpur Filipina
BACA: Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
BACA: Ribut Tropika Tembin: 160 mangsa masih hilang
Ribut Tropika Tembin yang bermula Jumaat lepas, telah melalui beberapa pulau di Filipina, dengan kelajuan 20 km/j dan meningkat ke 120 km/j sewaktu meninggalkan negara itu.
Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 20 kejadian ribut tropika telah dilaporkan, tetapi tahap kemusnahan yang diakibatkan Tembin merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Palang Merah Filipina, Senator Richard J Gordon melalui laman Twitter rasmi beliau berkata, pihaknya akan terus memantau dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat melalui kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa.

It is heartbreaking that days before Christmas, the wrath of typhoon #VintaPH resulted in 156 deaths, 291 missing, & 86 injured individuals. Our Operations Center & chapters across Visayas & Mindanao are continuously monitoring & coordinating with LGUs for relief & rescue ops. pic.twitter.com/58fhvzGtX6

— Richard J. Gordon (@DickGordonDG) December 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

On the eve of Christmas day, we had an emergency meeting with d @philredcross on the on going operations & action plan for those affected by d recent typhoons. Thank you to all d staff and volunteers for your heart-felt compassion and expression of the true meaning of Christmas! pic.twitter.com/qrjwSA1HxI

— Richard J. Gordon (@DickGordonDG) December 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, sambutan Krismas di Filipina terus muram ekoran satu lagi tragedi yang meragut 37 nyawa, iaitu kebakaran di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Davao.
Naib Datuk Bandar, Paolo Duterte dilaporkan sebagai berkata, pihak bomba mengalami kesukaran untuk memasuki pusat membeli belah itu, dan kebarangkalian untuk 36 lagi mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan adalah kosong.
#banjir #Davao #Filipina #kebakaran #mangsa #Media #Mindanao #tanah runtuh #Tembin
;