Ribut taufan, hujan lebat melanda California
Agensi
Disember 29, 2020 21:23 MYT
Disember 29, 2020 21:23 MYT
CALIFORNIA: Ribut taufan yang membawa hujan lebat membadai selatan California sehingga menyebabkan banjir kilat dan kemalangan.
Susulan kejadian itu, petugas kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dan dua mangsa berjaya diselamatkan daripada ditenggelami air.
Menurut pihak berkuasa, dua mangsa tersebut merupakan seorang lelaki dan seorang wanita yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Laporan media tempatan memaparkan anggota bomba Orange County melakukan kerja-kerja menyelamat.
Pusat ramalan cuaca memaklumkan ribut taufan yang melanda kawasan tersebut bergerak laju dan banjir yang lebih serius dijangka tidak akan berlaku.
Katanya, lebih 8.3 cm taburan hujan melanda Los Angeles sementara beberapa kawasan lain hanya 5 cm.