Ribut salji landa Colorado
Agensi
Mac 15, 2024 08:50 MYT
Mac 15, 2024 08:50 MYT
RIBUT salji melanda Colorado menyebabkan penerbangan dibatalkan serta lebuh raya yang menghubungkan bandar Denver dengan Colorado Ski Resorts ditutup pada Khamis.
Cuaca buruk yang dilaporkan bermula sejak Rabu malam itu, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramalkan berakhir pada Jumaat pagi.
Menurut Reuters, seorang saksi sempat merakam video menunjukkan kenderaan yang terkandas di pinggir jalan di Denver.
Ribut salji ini turut menjejaskan kawasan banjaran pergunungan Colorado.
Menurut media tempatan, ketinggian paras salji direkodkan melebihi 30cm di beberapa bahagian di negeri itu.
Sementara itu, ratusan sekolah, premis perniagaan dan pejabat kerajaan di Colorado juga ditutup.